Everything is pre-written.. but with prayers it can be re-written..
so live the best and leave the rest to Allah! :)

Wednesday, December 15, 2010

Asyura: Part I

bismillah~


tahukah anda tentang hari asyura? hoho, skema plak. selama ni kte tau melalui pendidikan islam kt skolah kan. pastu lupe balik. 


so td sy ade tanye org ttg hari asyura ni.(sb sy pn lupe kenapa nk kne puasa), so sy nk kongsi la dgn sume org. tgk sejarah puasa hr asyura ni. sila baca, moga dgn bacaan kali ni, kte semat sesemat mungkin di dada. takde la pasni lupe ape reason utk kte puasa sunat on hari asyura ni. ^_^

Berpuasa di Hari Asyura (10 Muharram 1431H = 16/12/2010)
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
nblh tambah: sebelum turun perintah wajib berpuasa di bulan ramadan, puasa hari asyura tu wajib. tp lpas turun perintah, dia jd sunat. ni org bg tau sy..

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
nblh tmbh: kita taknak ke? peluang keemasan ni =)

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
nblh tmbh: mksudnya kita kena puasa 9&10 Muharam la. sebab nak bezakan puasa kita ni dengan puasa yahudi."

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.”Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu.” Maka, Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
nblh tmbh: ha..yg ni yg sy cakap tu. yahudi pun puasa pd hari asyura. tp kita lebih layak ^_^

nk lagi hadith pasal hari asyura? klik SINI !
nantikan asyura part II~


0 comments:

Post a Comment