Everything is pre-written.. but with prayers it can be re-written..
so live the best and leave the rest to Allah! :)
Showing posts with label deen. Show all posts
Showing posts with label deen. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

kehilangan besar

bismillah.

sape tak kenal imam hasan al-banna kan? lagi2 yangg ikut tarbiyah, tipu gle kalau tak kenal.
hari ni genap 62thn dia syahid.

sy malas nk cakap panjang, kita baca blog ni jom! (klik link)

Thursday, December 16, 2010

Asyura: Part II

bismillah~


so lepas kita dah tau dalil tentang asyura, kita tengok plak, apa peristiwa hari asyura ni dulu..


19 Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:

  1. Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi. 
  2. Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala.
  3. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan Malaikat. 
  4. Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
  5. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam. 
  6. Allah menjadikan Siti Hawa. 
  7. Allah menjadikan Syurga. 
  8. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga. 
  9. Taubat Nabi Adam diterima Allah. 
  10. Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan. 
  11. Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Zamrud. 
  12. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
  13. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
  14. Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah. 
  15. Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
  16. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam. 
  17. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun. 
  18. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut. 
  19. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar. 
dah tahu sejarah, kene la tau amalan sunat plak kn? jom buat checklist utk esok :D

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura :



  • Berpuasa - Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid. 
  • Mandi dan membersihkan diri - Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati. 
  • Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga - Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan. 
  • Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka - Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga. Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim. 
  • Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya - Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar. 
  • Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit. 
  • Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup. 
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali - Doanya dimakbulkan Allah. 
  • Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat. 
  • Sunat menginai dan mengerat kuku. 
  • Menjamu dan memberi minum kepada orang - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya. 
  • Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian. 
  • Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya. 
  • Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( hasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )
sekian copy paste dr saye..moga bermanfaat utk korg ^_^ ilmu yg baik mesti disebar2kn ^_^ 
selamat beramal!

Wednesday, December 15, 2010

Asyura: Part I

bismillah~


tahukah anda tentang hari asyura? hoho, skema plak. selama ni kte tau melalui pendidikan islam kt skolah kan. pastu lupe balik. 


so td sy ade tanye org ttg hari asyura ni.(sb sy pn lupe kenapa nk kne puasa), so sy nk kongsi la dgn sume org. tgk sejarah puasa hr asyura ni. sila baca, moga dgn bacaan kali ni, kte semat sesemat mungkin di dada. takde la pasni lupe ape reason utk kte puasa sunat on hari asyura ni. ^_^

Berpuasa di Hari Asyura (10 Muharram 1431H = 16/12/2010)
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
nblh tambah: sebelum turun perintah wajib berpuasa di bulan ramadan, puasa hari asyura tu wajib. tp lpas turun perintah, dia jd sunat. ni org bg tau sy..

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
nblh tmbh: kita taknak ke? peluang keemasan ni =)

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
nblh tmbh: mksudnya kita kena puasa 9&10 Muharam la. sebab nak bezakan puasa kita ni dengan puasa yahudi."

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.”Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu.” Maka, Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
nblh tmbh: ha..yg ni yg sy cakap tu. yahudi pun puasa pd hari asyura. tp kita lebih layak ^_^

nk lagi hadith pasal hari asyura? klik SINI !
nantikan asyura part II~