Everything is pre-written.. but with prayers it can be re-written..
so live the best and leave the rest to Allah! :)

Monday, June 20, 2011

apabila dipuji

bismillah~

hai sume. da lame tak update blog. hehe, sy kat malaysia sekarang ni. cuti sebulan, busy jugak la. anyway, tadi surf2 fb, terjumpa something yang best. ok, meh sy tanya, bila dipuji, apa biasanya reaksi kita?

1. "eh, mana ada la...awak tu lagi cantik~"
ini contoh yang saya selalu dengar dari mostly melayu. rakan-rakan melayu, mahupun pengguna2 fb (sb sy kadang2 suka jump into org punya pages kan, bukan stalk ok). diorg cakap camtu, tapi dalam hati suke. erm tak baik la cakap camtu, takpe, maybe diorg ihtirom (memuliakan) org kot.. (husnu zhon :p)
p/s: penah dgr ayat reverse psychology? pehh dlu penah ade org ckp sy buat reverse psychology, padahal sikit pun tak terniat pfft. yg sy fhm la, reverse psycho tu cam bile korg ckp, oh huduhnye korg sb nk org ckp cantiknye korg. fhm ke? tp bukan semua org mcm tu. 

2."terima kasih"
ini lak, contoh orang yg confident, yakin dgn apa yg dia buat, boleh dapat credit la.. ataupun, dia mendapat pengaruh barat, yakni, apabila dipuji, dia mengucapkan terima kasih. sy suka cara ni sb nmpk cam professional la sket (sy pun da kena pengaruh barat ke? haha). tp polite je sy rs. tp kalau dpt kat melayu, org camni akan dikatakan perasan, atau sebagainya. (maybe la kn?) cuma maybe bila jawab camni, kena jawab ikhlas la, jgn ada perasaan riak :)
3. "masha allah"
ini biasanya digunakan oleh golongan ustz ustzh, alim ulama. HAHA, tanggapan itu SANGAT SALAH ok. (mentaliti melayu camtu la, baik sikit je, da panggil ustzh, pfft, islam tu utk ustz ustzh je ke? habis tu korg ape?) org yg faham, dia akan cakap camni. segala apa yg dipuji oleh makhluk, kepada makhluk yang lain, mesti la balik  balik kepada pencipta. masha allah. ungkapan yg sgt besar maknanye. first time sy guna ni dlu, sy rs cam poyo je, tp lama2 ok je.

itu adalah 3 contoh la yang ada dalam kepala sy. mungkin ada reaksi lain, tp thats not my point. my point is, we have a du'a for this case. jeng jeng jeng, doa ape? doa apabila dipuji:


اللهم لا تؤاخذني بما يقولون, واغفرلي ما لا يعلمون, واجعلني خيرا مما يظنون.

"Ya Allah,janganlah Engkau hukum salah ke atasku dengan segala yang mereka katakan kepadaku dan ampuni semua kesalahanku yang mereka tidak mengetahuinya serta jadikanlah diriku lebih baik dari sangkaan yang mereka sangkakan" 
[Riwayat Imam Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad]

untuk lebih rujukan, sila rujuk kitab doa Hisnul Muslim (doa dari al-Quran dan Sunnah), doa nombor 232..

so sy conclude kan, mungkin cara terbaik kita utk menerima pujian, cakap "masha allah" and baca doa ni dalam hati. ataupun mungkin boleh jugak guna "terima kasih, tp sume ni dari Allah.." and baca doa ni dlm hati gak :)

itu shj sposen dua dari sy,
slmt beramal!